Isteri-Isteri Ayah (2017) Slot Iris TV3


Saksikan drama bersiri Isteri-Isteri Ayah bakal menemui penonton di slot Iris TV3. Membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite, Faye Kusairi dan ramai lagi. Arahan sutradara Jamal Khan.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 3 Julai 2017, Isnin-Khamis 6.30 petang
Jumlah Episod: 20
Status: Terkini - Episod 13

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

SINOPSIS DRAMA ISTERI-ISTERI AYAH 
Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar daripada rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah diantara mereka yang akan diceraikan.
Back To Top