Temasya Sukan Ke Laut (2017) Astro Warna & Warna HD


Program sukan yang diselitkan elemen komedi, menampilkan pelawak tanah air serta selebriti sukan terkenal. Sukan sebenar diubah jadi satu bentuk sukan yang menghiburkan.

Tayangan: Astro Warna & Warna HD
Siaran : Mulai 14 Julai 2017 (Setiap Jumaat 10 malam)
Jumlah Episod: 10
Status: Terkini - Episod 2


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Info Rancangan
Bersempena dengan penganjuran sukan berprestij di Asia Tenggara iaitu Sukan Sea 2017, barisan pelawak dan atlet bakal berentap dalam program terbaharu Astro iaitu Temasya Sukan Ke Laut.

Temasya Sukan Ke Laut merupakan sebuah program yang bakal menyaksikan atlet-atlet termuka negara berkumpul menjayakan sebuah program komedi dan bersaing dengan barisan pelawak tanah air menerusi acara sukan.

Para peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Cendawan Gagah yang akan mewakili barisan atlet dan Kembang Semangkuk akan disertai oleh para atlet, pelawak dan selebriti.

Antara selebriti yang terlibat memeriahkan program ini adalah Shuib Sepahtu, Jiggy Masin, Dzawin, Joey Joraz, Achey, Amy Search dan Sharifah Shahirah.

Sementara itu, antara atlet yang bakal memberi saingan sengit kepada pelawak-pelawak dalam program ini ialah Mirnawan Nawawi, Keifli Othman, Hafiz Hashim, Watson Nyambek, Azman Adnan, Niena Azman dan Azizulhasni.

Manakala Abam Bocey dan Datuk Malek Nor menggalas tugas sebagai pengacara dan pengulas sukan.

Acara-acara sukan yang akan dipertandingkan dalam program ini seperti badminton, bola sepak, acara renang, berbasikal, balapan dan hoki.

Temasya Sukan Ke Laut akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 14 Julai ini dan disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125).

Back To Top